English
Jawi
Rumi
smaller
small
normal
big
bigger
biggest
THE SITE STILL UNDER EVOLUTION .. WILL BE OPENING SOON !
Portal ejawi.net :: بالس ميسيج اين
سوالن لازيم
چارين
كومڤولن ڤڠڬونا
ڤروفيل
ليهت ميسيج ڤريبادي اندا
دفتر ماسوق
هلامن اوتام فوروم
->
بيچارا بڠساكو
بالس ميسيج اين
كتا نام
تاجوق
ميسيج
NOTA :
Mesej anda perlu dalam tulisan rumi. Forum ini akan menukarnya kepada jawi secara automatik. Pastikan anda tidak menggunakan singkatan, bahasa rojak dan bahasa daerah (slang). Sila guna ejaan Melayu standard
ڤيليهن
كود سڽوم
تيدق اكتيف
سموا ماس اداله دالم GMT + 8 Hours
امباسن توڤيك
ڤنوليس
ميسيج
fifi
تله دهنتر ڤد
: ثلاث مي 09, 2006 8:13 am
تاجوق دهنتر
:
saya berpendapat rakyat Brunei bertuah kerana pemimpinnya amat menggalakkan rakyatnya menguasai tulisan jawi, malah banyak kursus-kursus dan seminar tulisan jawi diadakan.
Di Malaysia pun nampaknya sudah nampak buahnya apabila ramai yang menyuarakan akan kepentingan tulisan jawi kepada bangsa Melayu khususnya. Dengan sokongan kerajaan melalui beberapa kementerian seperti Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, natijahnya lahirlah kembali akhbar sisipan Utusan Melayu.
Tetapi adakah cukup dengan akhbar sahaja? Persoalannya adakah hanya mempertahankan akhbar? Kenapa tidak diwujudkan lebih banyak bentuk-bentuk yang lebih menarik seperti majalah atau di adakan ruangan khas bertulisan jawi di dalam setiap bahan penerbitan sepertimana bahasa inggeris. Sekarang setahu saya hanya majalah pengasuh keluaran Majlis Agama Islam Kelantan yang masih berbuat demikian. Dan juga Jabatan Agama Islam Kelantan yang masih mempertahankan tulisan jawi dalam kebanyakkan surat dan sijil yang dikeluarkannya...
fikir-fikirkanlah...
AkTech
تله دهنتر ڤد
: ثلاث مي 09, 2006 1:53 am
تاجوق دهنتر
: Semangat tulisan jawi
Akum semua, nie adalah post pertama aku dalam forum nie...
Mungkin sesetengah dikalangan kita tertanya-tanya mengapakah tulisan jawi sekarang nie tidak begitu popular dikalangan orang Melayu...
Pada pendapat saya mungkin disebabkan penggunaannya tidak begitu meluas dalam kehidupan seharian... maksud saya jawi tidak diaplikasikan dalam kehidupan harian seperti menggunakan tulisan jawi di kawasan umum.
Setahu saya di Brunei hampir semua papan tanda ditulis dengan jawi bersama dengan tulisan rumi, begitu juga dengan lapangan terbangnya...Tetapi kita tidak aplikasikannya walaupun kita mempunyai lapangan terbang yang canggih...tulisan jawi hanya digunakan untuk menunjukkan arah surau sahaja, tidak yang lain.
Kebiasaanya papan tanda seperti di KLIA hanya memaparkan tulisan tamil atau cina, tidak tulisan jawi. Kenapa?
Tujuan saya poskan disini adalah membincangkan bagaimanakah atau apakah langkah-langkah yang perlu diambil agar tulisan jawi kembali digunakan seperti pada zaman pasca kemerdekaan...
Jom bincang...
ps : Akhbar Utusan Melayu telah memulakan langkah yang bagus dengan menghasilkan sisipan akbar tulisan jawi....